.This is MY STORY.

"Say something about your blog here"

Sunday, October 25, 2009

.Impian.

assalamualaikum,aku pnya impian,bkn ak jela sume org pnya impian..
nie lah antara impian aku..

aku nk punya kerja yg bagus(pustakawan)
aku nk punya istri yg solehah
aku nk punya ank yg soleh n solehah
aku nk punya rumah sendiri yg selesa diduduki
aku nk punya kereta aku sendiri
aku nk punya kebahagiaan dalam rumah tangga aku nnti
aku nk punya gaji yang mampu membri keluargaku hidup selesa
aku nk melancong kt jepon xpn korea
aku nk jd bilal
aku nk jd imam
aku nk jd pelukis yg mahir
aku nk jd org yg disukai masyarakat
aku nk sembuh dari sakit
aku nk sembuh dari sakit
aku nk sembuh dari sakit
aku nk masuk syurga
aku nk kebahagiaan
aku nk kebahagiaan
aku nk kebahagiaan


ini impian impian ak jd xde sape yg boleh bangkang..
semoga ada diantara impian akn ini akan tercapai,

.Hubung,Perhuhungan & Berhubung.

kali nie nk ckap tentang perhubungan..
ermmmmmmm ak pn da xtau laa,hidup nie susah gak kan..mcm2 kte kne tempuh..
hidup klau skdar mau disakiti ape guneny kan.mati sudah..
kdg2 kita xtau ada yg syg pd dri kita nie..tp tu la wat xksah jer kan..hmmm
syang???
msih ada lg dlm diriku ini,
ak disayang??? yg nie ak xtau la kan nk ckp mcm mne..
ak penyayang?? emm mmg ak klau dh syg ak akn trus syg..
tunjuk lah sinar dlm hidupku.
tunjklah sinar dalam perhubunganku..
ak tau Engkau yang Maha Kuasa..

kpd yg phm,yg xphm
buat2 la phm..
1 ari nti kite sume akn laluinya
cma msa je yg menentukan..
assalamualaikaum..

Tuesday, October 13, 2009

.Silat Gayong.

Silat Seni Gayong Malaysia telah diasaskan oleh Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim. Silat Gayong ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Taiping, Perak. Beliau menzahirkan ilmu pusaka dan amanah yang diterima dari Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah di kalangan rakan terdekat. Antara rakan rapat beliau ialah Wan Noh bin Haji Ismail, Wan Man bin Haji Ismail, Bakar dan Aziz Khan.


Silat Seni Gayong telah mula dikembangkan di luar Perak di Pulau Sudong, Singapura. Pada 17 haribulan Februari 1942 jam 2.00 petang, seramai 7 orang pemuda Pulau Sudong diperlimau sebagai murid Gayong. Mereka ialah Naning bin Mat, Ahmad Arshad bin Haji Hassan, Sabtu bin Likur, Yusof bin Rantau, Osman bin Timpong, Mustapha bin Bengkok dan Bendol bin Benggol. Bermula dengan hanya seramai 7 orang murid, Silat Seni Gayong telah terus berkembang sehingga ia merebak ke pulau – pulau berhampiran seperti Pulau Seking, Pulau Bukum, Pulau Sebaruk, Pulau Sekijang, Pulau Sembilan, Pulau Semakom dan Pulau Damar.

Silat Seni Gayong mula berkembang di pulau besar Singapura pada akhir tahun 1949. 7 orang murid pertama yang menjalani upacara Perlimau Tapak ialah Ahmad Sudi, Mansor Fadal, Ustaz Mansor, Sinwan, Joned Hanim, Hosni Ahmad dan Salim. Sinwan, Joned Hanim dan Salim merupakan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Singapura yang terawal menjadi murid Gayong. Pusat Latihan Silat Seni Gayong dalam tahun 1950 – an di pulau besar Singapura ialah di Bakar Sampah. Dalam tahun 1954, kumpulan pertama wanita seramai 7 orang telah memasuki Gayong di Singapura. Mereka ialah Che Kalsom bte. Haji Kechik, Paridah bte. Yusope, Asmah ( isteri Joned Hanim ), Aisyah ( isteri Mansor Fadal ), Rafeah Fadal, Hendon dan Intan.

Pada pertengahan tahun 1950 – an, ramai bintang filem Melayu mempelajari Silat Seni Gayong. Antaranya ialah Jasni Ahmad, Naeng Yatimah, Kasma Booty, P. Ramlee dan A. Rahim. Kemuncaknya dalam tahun 1956, Dato’ Onn b. Jaafar, seorang tokoh politik dan pemimpin Melayu yang disegani telah menjadi murid Gayong. Beliau telah dilantik sebagai Penasihat Agung dan Waris Beradat Silat Seni Gayong.

Pada awal tahun 1957, satu rombongan Silat Seni Gayong dari Singapura yang dipimpin sendiri oleh Meor Abdul Rahman telah mengadakan persembahan di Kelab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah atas undangan Y.A.M. Tengku Laksamana Kedah, Tengku Kassim Ibni Sultan Badlishah. Pertunjukkan tersebut telah disaksi oleh DYMM Sultan Badlishah Ibni al – Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Sultan Kedah Darul Aman. Ini merupakan cubaan pertama untuk mengembangkan sayap Silat Seni Gayong di Kedah.

Sebuah akademi silat bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute of Gayong Woodlands telah ditubuhkan oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959. Akademi ini mengeluarkan Sijil Diploma bagi mereka yang lulus dalam kursus – kursus yang ditawarkan. Antara tenaga yang pengajar yang membantu Meor Abdul Rahman ialah Siti Noor Aisyah bte. Meor Abdul Rahman, Nordin bin Abdul Rahman, Sidek, Abdul Majid bin Omar, Atan dan Abdul Rahman bin Kadir. Akademi ini telah berjaya melahirkan beberapa orang gurulatih semenanjung yang terkenal seperti Abdul Majid Mat Isa, Ramli Ibrahim, Ramli Mat Arof, Siti Kalsom Meor Abdul Rahman, Khamsiah M. Ali, Awang Daud dan Ahmad Lazim.

Silat Seni Gayong mula tersebar luas di Semenanjung Tanah Melayu apabila pada bulan Mac 1963, Meor Abdul Rahman telah membawa keluar bersama – samanya 8 orang gurulatih dari Kedah menjelajah ke negeri – negeri di Pantai Barat, Timur dan Selatan. Mereka terdiri daripada Abdul Majid Mat Isa, Ramli Mat Arof, Awang Daud, Ismail Chik, Ibrahim Abdullah, Mohd Khir Saad, Mohd Desa Din dan Ahmad Lazim. Kumpulan ini dipecah kepada beberapa buah negeri dan digilirkan atas arahan Meor Abdul Rahman sendiri.

Pendaftaran Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan berdaftar telah diluluskan pada 22 hb Oktober 1963. Permohonan tersebut telah dibuat dalam tahun 1962 atas nasihat Dato’ Onn bin Jaafar. Alamat awal pertubuhan ini ialah di rumah seorang murid Gayong bernama Ibrahim di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru, Johor. Apabila ibu pejabat pertubuhan berpindah ke Kota Sarang Semut, Kedah dalam tahun 1964, maka Kota Sarang Semut telah menggantikan Woodlands sebagai Pusat Latihan Tertinggi.

Perdana Gayong pertama telah berjaya dianjurkan di Stadium Darul Aman, Kedah dalam tahun 1964. Dalam tahun 1964 di Air Kuning, Taiping, Perak, sistem tingkatan bengkong dan pelajaran Silat Seni Gayong secara lebih sistematik telah disusun oleh beliau. Dengan bantuan gurulatih kanan, Ahmad bin Lazim dan para dermawan, beliau mula membangunkan Air Kuning sebagai pusat latihan baru dan membina sebuah balai adat. Pada 27 hb Januari 1971, Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia Dan Serantau telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Idris Syah Ibni al – Marhum Sultan Alang Iskandar di Air Kuning.


Silat Gayong mempunyai beberapa warna talipinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini.

* Judo black belt.PNG Hitam (Kosong)
* Judo white belt.PNG Awan Putih
* Judo green belt.PNG Pelangi Hijau
* Judo red belt.PNG Pelangi Merah
* Judo red belt.PNG Pelangi Merah Tinggi (Cula 1-3)
* Judo yellow belt.PNG Pelangi Kuning
* Judo yellow belt.PNG Pelangi Kuning Tinggi (Cula 1-5)
* Judo black belt.PNG Harimau Pelangi Cula Sakti (Cula 1-6)
* Judo black belt.PNG Harimau Pelangi Cula Sakti 7 adalah hak Dato' Meor Abdul Rahman sahaja

Tips NK elak Mngumpat

Dalam hidup seharian,kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..

Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan..dikalangan lelaki pun apa kurangnya?

Maaf kaum lelaki,inilah kebenaran.Tapi cuba kita renungkan bersama..Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat,tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu..bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati..Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???

Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni,tapi cerita..orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula..tapi kita sedar tak,perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri.MasyaAllah,sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!

Walaubagaimanapun pun,kita adalah hambaNya yang lemah.Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan.

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya,siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan..

dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.

Masa tu,kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.

Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.

Masing-masing ada kekurangan.Cepat-cepat istighfar,sambil tu tegurlah kawan sama..Kalau tak dapat juga..sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

Tak payah lah cerita semuanya,tapi cuba fikir..rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga,lebih dari sepuluh?dua puluh?..jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang,sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3)Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..

tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?

Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.

.sambil dia lafaz bait-bait mengata tu,kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.

Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas,supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya.InsyaAllah!

4)Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..

dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.

Masa nak kumur2 tu,bacalah doa.Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa..InsyaAllah.

Semoga dengan itu,segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5)Kalau kita selalu terlupa tentangNya,apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat.Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi..sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya..dengar bacaan alQuran ke..nasyid ke.

Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak..dah koyak ke..atau tersangkut kat mana-mana..

Sebab tu kita ada dua telinga..sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6)Bila nak mengata orang tu..cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu..agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah..siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan,paling tidak pun..mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita..bila kita diumpat,tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat..ada yang nak bagi pendapat.supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.

Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

7)Terakhir,Minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.Semoga dengan nikmat air tu,kita akan ringan untuk memujinya.

Banyak lagi tips yang ada..tapi semuanya bergantung pada niat.Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur..setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi. Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

HarI oRENtASi Kos

Hari yang disebut-sebutkan sebelum ini telah pun muncul, ak tak sabar pun ada untuk hadapi hari tu. Ini kerana dengan mendengar cerita-cerita dari kawan-kawan dan senior orentasi kos nie best la gak dan dapat kenal ramai lagi kawan-kawan baru. Pagi tu kami dibahagikan kumpulan. Ak ditempatkan dalam kumpulan 12 iaitu kumpulan yang terakhir. Kumpulan ak terdiri daripada 6 perempuan dan 3 lelaki. Pagi tu juga kami membuat ice breaking. Best la dapat kenal dengan kwn2 baru yg selama nie Nampak mcm tu je tp xtgur pn. Kami diarah untuk membuat nama kumpulan,moto dan trademark. Kami punye nama kumpulan ialah lion frenhfriessy. Kami memilih nama tersebut kerana kami semua sukakan French fries dan singa. Setelah mempersembahkan kumpulan masing2 kami dibenarkan untuk berehat dan solat zohor dan kembali semula pada pukul 2.
Tepat pada pukul 2 kami berkumpul ditempat yang dijanjikan. Para exco telah merancang 1 aktiviti iaitu, kami diberi watak2 dan dalam masa 5 minit bumi akan hancur dan pihak nasa hanya blh membawa 3 orng sahaja untuk pergi ke planet baru. Macam2 watak yang diberikan antaranya doctor, budak kecik, orang tua, mat rempit dan sebagainya. Kami diminta untuk berhujah bagi mempertahankan diri masing2 untuk mengikut nasa pergi ke planet lain. Setelah puas kami semua membentangkan hujah2 kami sehingga bertikam lidah, rupa2ny permainan ini hanya 1 muslihat. kami telah berhujah lebih dari 5 minit dan kami semua telah mati. Sungguh xgne tol.huh.
Aktiviti diteruskan lagi dengan perancangan untuk main burng hantu.fuuuyooo dalam hati ak tu la permainan yang bez+mencabar xsbarnya. Pada petang tu kami berlatih untuk permainan tersebut agar permainan pada malam tersebut berjalan dengan lancar. Petang tu semuanya berjalan dengan lancar. Tiba malam, kami ditempatkan di parking blok Usahawan. Mata kami dikehendaki diikat agar lebih mencabar, tapi ak xtkot pn,lagi ske ada laa. Kami dilepaskan berkumpulan, 1 kumpulan terdiri dari 6 org. Kami dibritahu akan dibawa masuk ke dalam hutan tapi ak tau kat blok tu jugak exco2 tu bwak kteorg. Permainan diteruskan lagi dgn kami dipisahkan. Kali nie sorg2 plak.wahh ak lg la ske..ak diletakkan disatu tempat yg ak pn xtau kt mne sbb mate trtutup,tp ak tau dkt2 blok tu jgk..ak pn duduk jela..tbe2 datang sekor jin yang dilakonkan oleh slh seorng exco.ak pn duk sembang jela dengan jin tu smpaikan cte mslah kat jin tu. Tbe2 ada plak bdk pempuan nie jerit2 kne sampuk kot. Lpas je kejadian tu exco tamatkan permainan tersebut. Alaa xbez btl laa, sebab klau bdk pmpuan tu xjerit maybe kteowg akn dibawa ke jirat cina.hahhaha. gampak tu..
Overall, orentasi kos nie bez la..tu jela yg ak blh kongsi dgn sume..

Tuesday, October 6, 2009

the person that i call 'MAK BAT'

first time tgk trus trpikat. xtau la, dia ada aura tersendiri tau.
ak nk hidup n nk jd yang halal ntok die..
doakan lah yek...
mak ak ckp xslh doa ntok kebahagian orang lain.
i luv u so much...

sedar x sedar

rupenya dah nak tamat sem dah, ak terasa macam baru je lagi kat sni ..ermm..
final nk dekat dah
c'mon izar msti blh pnye....
gud luck to you..

Monday, October 5, 2009

.Kita Mudah Lupa.

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil Melayu mudah lupa
Tiada daulatTiada maruah Tiada bebas
Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

IngatlahIngatlahIngatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

sajak ini dikarang olah Dato seri Dr Mahathir Mohammad.
sajak ini mempunyai maksud yang mendalam untuk diri anak melayu.

Sunday, October 4, 2009

cara Berhenti RokoK

Analisis Kebiasaan
Lakukan analisis atas kebiasaan-kebiasaan merokok yang telah dilakukan selama ini. Misalnya:
Kapan waktu tersering Anda untuk merokok
Kapan Anda secara otomatis ingin merokok Hasil analisis ini akan membantu dalam mengerem keinginan merokok.

Susun Daftar Alasan
Lakukan segala hal yang membuat Anda tidak kembali merokok. Selalu ingat alasan-alasan yang mendasari Anda untuk tidak merokok. Jika perlu susun daftar alasan itu.
Menghindari kanker, gagal jantung, gangguan pencernaan
Kehidupan sosial yang lebih baik
Ingat kesehatan dan kepentingan anak / keluarga
Makan lebih enak

Langsung Berhenti
Pilihlah sebuah hari di mana Anda akan berhenti. Dan pada hari itu, langsung berhenti total tanpa melakukan tahapan-tahapan. Umumkan rencana Anda kepada orang-orang dekat Anda agar mereka bisa membantu.

Waspada Pada Hari-Hari Awal
Hari-hari awal akan terasa sangat berat. Cobalah mengalihkan perhatian dengan mengkonsumsi permen atau permen karet tanpa gula. Sementara waktu, kurangilah kegiatan yang berkaitan dengan rokok, seperti pergi ke bar.

Nikmati Hidup
Uang yang seharusnya dipakai untuk membeli rokok dapat dipakai untuk membeli hadiah bagi diri sendiri, seperti membeli buku, membeli kaset, nonton bioskop, dan hal-hal menyenangkan lainnya.

Konsumsi Rendah Kalori
Selama minggu-minggu pertama (sampai kira-kira empat minggu), makanlah makanan yang mengandung kalori rendah. Juga minumlah banyak air.

adap Berhibur

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya seperti yang firmankan oleh Allah: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (surah Az Zariyyat :56) Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT. Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.
ISLAM DAN HIBURAN Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’. GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita. Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya: “Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)
2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya. “Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa. Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut: “Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al Qasas : 55) “Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram. Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26) Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: “Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim) “Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)
6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya. Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini: “Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi) 7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (surah Al Ahzab : 32) Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6) Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.
KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.

.Solat dan Kita.

Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:

Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.